Siri Dunia
Siri Dunia

Siri Dunia

Siri Dunia (bahasa Inggeris: World Seriescode: en is deprecated ) merupakan siri kejuaraan Major League Baseball (MLB) di Amerika Syarikat dan Kanada yang dianjurkan pada setiap tahun. Siri ini telah mula diadakan sejak tahun 1903 yang dilangsungkan antara pasukan juara American League (AL) dan National League (NL). Pemenang Siri Dunia akan ditentukan melalui format pusingan playoff dan pemenang akan menerima Commissioner's Trophy.[1]Sebelum AL dan NL dipecahkan kepada divisyen-divisyen pada tahun 1969, mana-mana pasukan yang menghasilkan rekod menang-kalah terbaik di aksi musim dari setiap liga akan secara automatik meraih pennant dan mara ke Siri Dunia tanpa perlu menempuh pusingan playoff seperti kini. Semenjak setiap liga mengadakan League Championship Series (ALCS dan NLCS) bagi menentukan pasukan yang layak ke Siri Dunia, ia juga ditentukan oleh Division Series (ALDS dan NLDS) mulai tahun 1995 manakala aksi atau siri Wild Card di setiap liga pula diperkenalkan pada tahun 2012. Sehingga tahun 2002, home advantage di Siri Dunia akan berselang-seli dari tahun ke tahun antara AL dan NL. Dari tahun 2003 sehingga 2016, home advantage akan dikurniakan kepada pihak liga yang memenangi Perlawanan All-Star. Sejak dari tahun 2017, home advantage akan diberikan kepada pasukan juara liga yang mempunyai rekod menang-kalah terbaik. Siri Dunia telah dilangsungkan sebanyak 118 kali sehingga tahun 2022 dan pasukan dari AL memenanginya 57 kali manakala NL pula merangkulnya 51 kali.Siri Dunia telah bermula pada tahun 1903 sejurus selepas tamatnya pertelingkahan antara NL dan AL yang baru dibentuk pada masa itu. Pasukan Boston Americans (AL) telah menewaskan Pittsburgh Pirates (NL) 5-3 dalam penentuan sembilan terbaik. Jumlah kehadiran penonton pada masa itu telah mencecah 100,000 orang. Pada edisi 1904, New York Giants (NL) menolak untuk beraksi menentang Boston yang sekali lagi membawa status sebagai juara AL. Siri diteruskan pada tahun 1905 dan diadakan setiap tahun sehingga 1994 apabila berlaku mogok dalam kalangan pemain sehingga memaksa kepada pembatalan siri pada tahun yang sama. Format tujuh perlawanan telah diselaraskan sejak tahun 1992. Bermula pada tahun 1995, hanya seorang pemain sahaja akan diundi sebagai Pemain Terbaik bagi tiap-tiap siri dan dilihat sebagai penghargaan tinggi dalam besbol. Pasukan Montreal dan Toronto telah diterima sebagai pasukan MLB masing-masing pada tahun 1969 dan 1977 sekali gus menjadi wakil pasukan Kanada di MLB. Kejayaan Toronto di Siri Dunia pada tahun 1992 menandakan kejayaan sulung buat pasukan selain dari A.S. Setakat ini, pasukan New York Yankees dari AL telah merekodkan kemenangan terbanyak di Siri Dunia.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Siri Dunia https://www.mlb.com/news/world-series-trophy-profi... https://web.archive.org/web/20050505095313/http://... http://www.cincypost.com/sports/1997/brew110697.ht... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Siri_D... https://www.worldseries.com/ https://www.baseball-reference.com/postseason/ https://web.archive.org/web/20051024081953/http://... http://baseball-almanac.com/ws/wsmenu.shtml http://www.allcompetitions.com/bs_wsros.htm https://web.archive.org/web/20070311034049/http://...